22 Ogos 2010 - Ketibaan Kontena 40 Kaki,
Dari Jepara, Indonesia - Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

16 Mei 2010 - Ketibaan Kontena 40 kaki,
Dari Jepara, Indonesia - Kota Bharu, Kelantan, Malaysia


Kami mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan pengimportan perabot jati siapguna ke negara ini. Kami memulakan perniagaan ini sejak tahun 2007 lagi dan setiap tahun kami mengendalikan sebanyak 2 atau 3 kontena (bersaiz 40 kaki) sahaja. Iaitu bagi memenuhi permintaan 'peminat jati' yang setia. Dan pada tahun 2010 ini, kami telah mengimport sebanyak 2 kali, iaitu dalam bulan Mei 2010 dan Ogos 2010.

Jika ada permintaan, insya Allah penghujung tahun ini kami merancang akan membawa masuk sekali lagi khusus bagi jualan hujung tahun.

Bagi memastikan mutu produk perabot jati, maka setiap kali pesanan dibuat, kami akan ke sana bagi memilih sendiri produk yang berkualiti sahaja yang dibawa masuk. Kami sekali-kali tidak berkompromi tentang kualiti. Oleh itu, pelanggan tidak perlu risau, itu janji kami.

Untuk memberikan kemudahan kepada para peminat jati di mana sahaja berada, kami sedaya upaya cuba menyediakan satu 'e-shop' laman web yang boleh merasakan seolah-olah diri anda sendiri berada di Indonesia di kilang perabot jati. Anda boleh memilih produk-produk mengikut kemahuan dan citarasa anda sendiri. Pastinya semua perabot jati ini dibawa terus kepada anda dari kilang di Jepara, Indonesia. Satu tempat yang tersohor dengan pelbagai perabot jati.

Anda tidak perlu lagi bersusah payah membuang masa dan waktu mengunjungi kedai-kedai perabot yang pastinya jarang menepati citarasa dan kehendak anda, sekalipun anda telah membayar pada harga cukup tinggi.

Dengan kemudahan yang kami sediakan ini, pastinya boleh merungkai permasaalahan anda untuk memilih pelbagai perabot jati mengikut kesesuaian rumah anda, citarasa anda, minat anda dan yang penting budget anda.

Perniagaan kami berkonsepkan 'permintaan'. Jadi kami tidak menyimpan stok yang banyak, kecuali untuk 'hot' item. Oleh itu, jika kami mendapat tempahan tinggi, maka kemasukan perabot jati akan terus diuruskan segera. Yang demikian, keutamaan diberi kepada mereka yang menempah sahaja. Kami akan pastikan nanti harga yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah berbanding dengan harga di kedai-kedai perabot. Walaupun harga kami rendah, namun kualitinya tetap jauh lebih tinggi tanpa mengurangkan sedikitpun kuantiti.

Selamat Melayari Web Ini Dengan Aman

Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi kami di:
 
Pejabat Urusan di Petaling Jaya:
No. 26, Jalan SS 7/8, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Tel/Fax : 603-7874 7576
HP : 6012-324 1817

Pejabat di Kota Bharu dan Tempat Pameran:
Lot 868, Depan Masjid Jambu Off Jalan Masjid Kg. Jambu
Kota Bharu, Kelantan
HP : 6012-981 6507
Kepada yang berminat, kami mengalu-alukan anda membuat tempahan. Tempahan dibuka sepanjang masa. Setiap tempahan perlu disertakan dengan Wang pendahuluan sebanyak RM100.00 sahaja. Wang ini akan dikembalikan jika tempahan tidak dapat disediakan dalam tempoh 3 bulan. Segala pembayaran boleh dibuat terus ke salah satu akuan berikut:
CIMBank: (atas permintaan)
MAYBank : (akan diumumkan)
HLBank : (atas permintaan)
(Sila fax atau emailkan kepada kami salinan Slip Bank sebagai bukti pembayaran)

 

This free website was made using Yola.

No coding skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola